
Semalam sempat laa aku wish selamat hari ibu buat ma yang tersayang di kelantan.. Wish je la hadiah and kad on the way dihantar oleh mr posmen...
Khas untuk insan yang kusanjungi selalu .....
Selamat hari ibu
Masa berlalu merubah segala
Namun kasihmu tiada penghujung
Selautan kasih kau limpahkan
tanpa meminta balasan
Berkorban segalanya
untuk kebahagiaan bersama
Didikanmu penuh kelembutan dan
ketegasan
Kaulah insan istimewa
Akan kujunjung
kasihmu Ibu
Terima kasih kerana bersamaku
dalam apa jua
rintangan dan halangan
Tidak kira masa, tempat dan keadaan
kau memberikanku sokongan
untuk terus maju ke hadapan
Semoga ucapan ini akan
Menjelaskan lagi tanda
kasih sayangku terhadapmu
Sesungguhnya
tiada insan yang
paling istimewa
melainkan dirimu, Ibuuuuuu..............